Monday, 5 September 2016

UPSR 2016 (05 September 2016)

Alhamdulillah... Hari pertama UPSR 2016 berjalan lancar tanpa ada masalah yang membantutkan proses UPSR dijalankan..

Pelbagai gelagat anak-anak tahun 6 di sekolah sementara menunggu waktu untuk menduduki ujian diperhati.. Ada yang gelisah.. Ada yang senyum-senyum.. Bermacam-macam lah..

Hari pertama hari ni, Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. Boleh lah anak-anak tahun 6 menjawab.. Alhamdulillah..

Aku pernah mengikuti satu kursus beberapa bulan lepas. Pada ibubapa, UPSR ni penentu masa depan anak-anak.. UPSR menentukan dimana anak-anak bakal berada pada masa hadapan.. Tetapi ingatlah, apapun keputusan yang bakal anak-anak kita perolehi nanti, kita sebagai ibu bapa harus menerima..

Sedikit doa untuk anak-anak :

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.. Sama2 kita berdoa kpd Allah swt dan semoga Allah memakbulkannya.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

YA ALLAH

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul.

YA ALLAH
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

YA ALLAH
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat2 ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Aamiin...

Yang membuat aku hairan :

Hari pertama UPSR ni, ada juga mak bapa yang bawa anak ke sekolah.. Berpindah masuk ke sekolah.. Anaknya pulak tahun 6.. UPSR tu.. Hari ini juga nak pindahkan anak... AYOOOO!!! Pindah tu satu hal.. Dengan segala borang untuk UPSR plak takda dibawa dari sekolah lama... Masalah tu.... Macam-macamlah kejadian hari pertama..

Semoga hari esok, anak-anak tahun 6 terus tabah ketika menduduki kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 & 2.. Rabu pula Matematik Kertas 1 & 2.. & hari terakhir, Khamis kertas Sains Kertas 1 & 2..

Semoga kejayaan milik kita semua... Amin..

Gambar hiasan :

No comments:

Powered By Blogger