Hari ini selesai kertas Matematik untuk kertas 1 dan 2... Alhamdulillah..
Pagi ini cuaca cerah.. Tak hujan seperti semalam..
Apa yang dah dilalui hari ini, biarkan lah berlaku.. Kita hanya mampu tunggu keputusan yang bakal keluar nanti..
Muka murid-murid selamber je.. Tak takut langsung.. Dah bersedia kot... hehe... Yakin tu..
Peristiwa hari ini :
1. Seorang murid masuk hospital kerana sakit jantung berlubang yang dia hidapi selama ini.. Nasib lah murid ini berada di dalam keluarga yang mementingkan pelajaran. Tindakan keluarga menghubungi guru kelas seawalnya membuatkan pihak sekolah cepat bertindak.. Alhamdulillah.. Murid ini tetap juga menduduki kertas ujian di hospital. Semoga anak ini beroleh kejayaan.. (aku pula, kali pertama melalui saat-saat seperti ini)
2. Seorang murid tak hadir untuk menduduki ujian.. Sebab sakit perut.. Murid tersebut dah turun sekolah tetapi balik semula ke rumah.. Setelah dihubungi, diberitakan bahawa murid ini telah dihantar untuk menerima rawatan di klinik.. Tunggu punya tunggu, murid ini terus tak datang.. Ayooo... Nak buat macamana..
Semoga keputusan Matematik tahun ini menunjukkan peningkatan.. Orang cakap, Matematik merupakan killer subject.. Harap-harap killer subject tahun ini boleh menjadi easy subject..
Kita tunggu pula Ujian Sains esok.. Hari terakhir.. Semoga ada sinar...
Segalanya berkemungkinan.. In shaa Allah..
No comments:
Post a Comment