Friday, 23 September 2016

SHARE & VIRAL

BERHATI2 BILA 'SHARE'......

Didunia yang serba canggih sekarang, pelbagai cara boleh dilakukan untuk menyebarkan sesuatu.. Tak kisahlah hal apa.. Semua nya akan jadi perhatian..

Ada yang cerita hal kerja.. Hal family.. Hal hubungan dengan boyfriend.. Hal gurau2 dgn girlfriend.. Hal nak kahwin.. Hal jumpa bakal mak mertua.. Semuanya nak dikongsi di dalam facebook.. Bukan yang baik2 je.. Ada jugak yang menyumpah orang itu.. Mengeji orang ini.. Macam2 ada.. Kadang2 seronok juga baca status orang..

Di facebook contohnya, ada 'reply', 'share', 'feeling' & macam2 lah... Kuasa di jari kita.. Betul, kan..

Tapi yang paling bahaya, 'share' ni.. Share ni lah yang salu orang jadikan viral.. Bila dah ramai yang share, perkara tu jadi viral... Kalau viral pada yang betul, tak jadi masalah.. Hal doa2 ke.. Cara mencapai kejayaan ke.. Ni... Yg nak dijadikan viral, perkara yang tak sahih & niat untuk mencari kesalahan seseorang.. Bagus sangat ke??? Lepas share perkara mengaibkan, lepas tangan...

Macam2....

Sepatutnya, sebelum share... Baca dulu.. Pastikan kesahihan cerita tersebut... Fikirkan baik buruknya kita share.. Kalau dah tahu kita 'bakal' mengaibkan orang, buat apa nak share.. Betulkan... Percuma je kita buat dosa... Buat apa nak bantu orang lain menyebarkan aib orang.. Jaga kain sendiri.. Jangan jaga tepi kain orang...

Renung2kan lah ye..

Kita punya akal untuk berfikir.. Berfikirlah secara waras.. Kita boleh 'share'.. Share lah perkara yang baik..

#pesananuntukdiriku

Gambar hiasan :

Friday, 9 September 2016

SELAMAT BERCUTI SEMUA

Setelah selesai UPSR, sambung pula cuti sekolah... Dapat lah hilang stress cikgu-cikgu & murid-murid seketika..

Segala penat & keringat dicurahkan dengan penuh keazaman demi melihat anak didik berjaya... You all really awesome teacher!!! Thanks you teacher...

Sebelum menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun awal bulan November nanti..

Gunakan sepenuhnya cuti yang ada ni sebaik-baiknya.. Bercuti bersama anak-anak & keluarga.. Walaupun tak dapat nak samakan dengan pengorbanan cikgu-cikgu selama ini, tapi dengan cuti ini, sekurang-kurangnya mampu merehatkan fizikal & mental cikgu-cikgu...

Akhir kata, SELAMAT BERCUTI SEMUA...

Gambar hiasan :

Thursday, 8 September 2016

UPSR 2016 (08 SEPTEMBER 2016)

Alhamdulillah... Usai sudah perjuangan selama 4 hari untuk anak-anak tahun 6 dalam UPSR tahun ini.. Berakhir dengan kertas Sains kertas 1 dan 2..

Terdengar keluhan daripada murid-murid & cikgu tahun 6 tadi, kertas Sains tahun ni sememangnya SUKAR.. Takpa, korang dah buat yabg terbaik..

MERDEKA.. MERDEKA...
Belum merdeka lagi... Keputusan masih belum diketahui.. Keputusan tak tahu bila akan diumumkan.. Tunggu lah dalam bulan 11 ni...

Apapun keputusan yang bakal diumumkan nanti, kita harus terima dengan hati yang terbuka..

Dapat pesanan ringkas dari seorang sahabat :

Surat pengetua di Singapura ini patut dihayati oleh semua Ibubapa:

A school principal in Singanpore sent this letter to the parents before the exams..

Dear Parents,

The exams of your children are to start soon. I know you are all really anxious for your child to do well.

But, please do remember, amongst the students, who will be sitting for the exams, there is an artist, who doesn't need to understand Maths.

There is an entrepreneur, who doesn't care about History or English literature.

There's a musician, whose Chemistry marks won't matter.

There's a sportsperson, whose physical fitness is more important than Physics..like Schooling

If your child does get top marks, that's great! But, if he or she doesn't, please don't take away their self-confidence and dignity from them.

Tell them it's OK, it's just an exam! They are cut out for much bigger things in life.

Tell them, no matter what they score, you love them and will not judge them.

Please do this, and when you do, watch your children conquer the world. One exam or a low mark won't take away their dreams and talent.

And please, do not think that doctors and engineers are the only happy people in the world.

With Warm Regards,
The Principal

Yang bermaksud...

Surat Pengetua di Singapura ini kepada patut dihayati Oleh Semua ibubapa:

Seorang pengetua sekolah di Singapore menghantar surat ini kepada ibu bapa sebelum peperiksaan ..

Ibu bapa yang dihormati,

Peperiksaan anak-anak anda yang bermula tidak lama lagi. Saya tahu anda semua benar-benar bimbang untuk anak anda lakukan dengan baik.

Tetapi, jangan ingat, di kalangan para pelajar yang akan menduduki peperiksaan, terdapat seorang artis, yang tidak perlu memahami Matematik.

Terdapat seorang usahawan, yang tidak mengambil berat tentang Sejarah atau sastera Inggeris.

Ada seorang ahli muzik, yang memperolehi markah Kimia tidak akan masalah.

Ada ahli sukan, yang kecergasan fizikal adalah lebih penting daripada Physics.. Seperti Schooling (Juara Renang).

Jika anak anda menjadi markah tertinggi, yang hebat! Tetapi, jika dia tidak, jangan mengambil keyakinan diri dan maruah dari mereka.

Katakan kepada mereka itu OK, ia hanya peperiksaan! Mereka dipotong untuk perkara-perkara yang lebih besar dalam kehidupan.

Katakan kepada mereka, tidak kira apa yang mereka menjaringkan gol, anda menyayangi mereka dan tidak akan menghakimi mereka.

Sila melakukan ini, dan apabila anda lakukan, melihat anak-anak anda menakluk dunia. Satu peperiksaan atau tanda yang rendah tidak akan mengambil impian dan bakat mereka.

Dan sila, jangan berfikir bahawa doktor dan jurutera adalah satu-satunya orang gembira di dunia.

Dengan Salam Yang Hangat,
Guru Besar

Dikesempatan ini aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua.. Pentadbir, guru-guru di SK SIBU JAYA, ibu bapa & anak-anak tahun 6 yang banyak berkorban masa & tenaga sepanjang tahun ini.. ( Dari Januari hingga selesai UPSR )..

Untuk pentadbir, terima kasih kerana banyak memberi sokongan dan dorongan kepada aku & rakan-rakan guru untuk menjalankan kerja & tugas mengajar..

Untuk guru-guru SK SIBU JAYA, samaada secara langsung atau tidak langsung, terima kasih semua. Semoga penat lelah anda dibalas dengan keputusan yang terbaik & menggembirakan..

Untuk ibu bapa, terima kasih kerana memahami akan tugas guru-guru di sekolah dan pengorbanan anak-anak anda di sekolah... Terima kasih kerana memberi sokongan yang sepatutnya kepada anak-anak anda..

Untuk murid tahun 6 SK SIBU JAYA, terima kasih banyak-banyak semua.. Anda dah banyak berkorban. Anda semua sememangnya TERBAIK.. Terima kasih juga kerana banyak memberi kerjasama dengan mengikuti semua program yang sudah diatur oleh pihak cikgu & sekolah.. In shaa Allah, anda semua boleh berjaya..

Masalah hari ini : Alhamdulillah, hari ini tiada masalah.. Semua murid hadir.. Kecuali murid yang menjalankan ujian di hospital semalam.. (semoga berjaya)

Akhir kata, setiap kejayaan bermula dari usaha.. Berusahalah untuk mendapat yang terbaik untuk diri sendiri..

Gambar hiasan :

Wednesday, 7 September 2016

UPSR 2016 (07 SEPTEMBER 2016)

Hari ini selesai kertas Matematik untuk kertas 1 dan 2... Alhamdulillah..

Pagi ini cuaca cerah.. Tak hujan seperti semalam..

Apa yang dah dilalui hari ini, biarkan lah berlaku.. Kita hanya mampu tunggu keputusan yang bakal keluar nanti..

Muka murid-murid selamber je.. Tak takut langsung.. Dah bersedia kot... hehe... Yakin tu..

Peristiwa hari ini :
1. Seorang murid masuk hospital kerana sakit jantung berlubang yang dia hidapi selama ini.. Nasib lah murid ini berada di dalam keluarga yang mementingkan pelajaran. Tindakan keluarga menghubungi guru kelas seawalnya membuatkan pihak sekolah cepat bertindak.. Alhamdulillah.. Murid ini tetap juga menduduki kertas ujian di hospital. Semoga anak ini beroleh kejayaan.. (aku pula, kali pertama melalui saat-saat seperti ini)

2. Seorang murid tak hadir untuk menduduki ujian.. Sebab sakit perut.. Murid tersebut dah turun sekolah tetapi balik semula ke rumah.. Setelah dihubungi, diberitakan bahawa murid ini telah dihantar untuk menerima rawatan di klinik.. Tunggu punya tunggu, murid ini terus tak datang.. Ayooo... Nak buat macamana..

Semoga keputusan Matematik tahun ini menunjukkan peningkatan.. Orang cakap, Matematik merupakan killer subject.. Harap-harap killer subject tahun ini boleh menjadi easy subject..

Kita tunggu pula Ujian Sains esok.. Hari terakhir.. Semoga ada sinar...

Segalanya berkemungkinan.. In shaa Allah..

Tuesday, 6 September 2016

UPSR 2016 (06 SEPTEMBER 2016)

Alhamdulillah... Selesai kertas BI untuk hari kedua.. Ada 2 hari lagi...

Pagi... Waktu turun ke sekolah, hujan turun dengan lebat... Sekurang-kurangnya dapat menyejukkan suasana..

Bak kata seorang sahabat kepada ku :

Hari ke 2 UPSR.. hari ni nampak seperti ada sedikit dugaan buat calon.. awal pagi hujan lebat membasahi bumi sibu.. sedikit menyukarkan calon yg ingin turun berjuang untuk menjawab soalan harini.. di harapkan hujan yg turun ni akan membawa sinar rahmat..
& di balik gumpalan awan.. pasti dihujungnya akan ada cahaya..

Anak-anak tenang menjawab soalan BI.. In shaa Allah, tahun ini keputusan BI ada peningkatan..

Masalah untuk hari kedua?? Alhamdulillah.. Tiada.. Semuanya berjalan lancar..

Cuma aku nak berpesan sedikit... Jangan terlalu percaya pada soalan ramalan.. Percaya pada apa yang kita dah lakukan sebelum2 ini.. Percaya pada apa yang kita dah ajar murid-murid kita..

Gambar hiasan :

Monday, 5 September 2016

UPSR 2016 (05 September 2016)

Alhamdulillah... Hari pertama UPSR 2016 berjalan lancar tanpa ada masalah yang membantutkan proses UPSR dijalankan..

Pelbagai gelagat anak-anak tahun 6 di sekolah sementara menunggu waktu untuk menduduki ujian diperhati.. Ada yang gelisah.. Ada yang senyum-senyum.. Bermacam-macam lah..

Hari pertama hari ni, Bahasa Melayu Kertas 1 & 2. Boleh lah anak-anak tahun 6 menjawab.. Alhamdulillah..

Aku pernah mengikuti satu kursus beberapa bulan lepas. Pada ibubapa, UPSR ni penentu masa depan anak-anak.. UPSR menentukan dimana anak-anak bakal berada pada masa hadapan.. Tetapi ingatlah, apapun keputusan yang bakal anak-anak kita perolehi nanti, kita sebagai ibu bapa harus menerima..

Sedikit doa untuk anak-anak :

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR.. Sama2 kita berdoa kpd Allah swt dan semoga Allah memakbulkannya.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

YA ALLAH

Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan betul.

YA ALLAH
Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat.

YA ALLAH
Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH
Jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat2 ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Aamiin...

Yang membuat aku hairan :

Hari pertama UPSR ni, ada juga mak bapa yang bawa anak ke sekolah.. Berpindah masuk ke sekolah.. Anaknya pulak tahun 6.. UPSR tu.. Hari ini juga nak pindahkan anak... AYOOOO!!! Pindah tu satu hal.. Dengan segala borang untuk UPSR plak takda dibawa dari sekolah lama... Masalah tu.... Macam-macamlah kejadian hari pertama..

Semoga hari esok, anak-anak tahun 6 terus tabah ketika menduduki kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 & 2.. Rabu pula Matematik Kertas 1 & 2.. & hari terakhir, Khamis kertas Sains Kertas 1 & 2..

Semoga kejayaan milik kita semua... Amin..

Gambar hiasan :

Powered By Blogger