Pelik, kan.... Perkara ni berlaku sejak dahulu lagi.. Kenapa ye???
1. Harga barang2 yang dijual di Semenanjung Malaysia berbeza di Sarawak. Di sana jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan di Sarawak. Contohnya, harga kereta.. Nampak tak??
2. Gaji minimum di Sarawak lebih kecil berbanding di Semenanjung Malaysia.. Sedangkan barang2 yang dijual di Sarawak lebih mahal berbanding di Semenanjung Sarawak.. ?????
3. Mengapa setiap kali event di Sarawak dipandang sepi.. Tiada promosi dalam tv.. Macam SUKMA.. Aku rasa jarang aku tengok dalam tv apa2 yang berkaitan dengan SUKMA.. Ada tu ada.... Tapi........
4. Bila time PRN, waktu tu ada, lah rancangan berbentuk kenegerian dalam tv.. Macam baru2 ni.. Rancangan 'Kamek sayang Sarawak'... Tu antaranya... Bila dah habis PRN, takda lagi dah rancangan tu.. Kenapa tak diteruskan je rancangan tu?? Sayang Sarawak hanya 5 tahun sekali ke?? Sayang Sarawak hanya waktu PRN je ke??
Rasanya banyak lagi lah yang aku nampak.. Bukan apa... Aku kadang2 rasa terkilan.. Bukan dengan orang2 nya.. Tapi, dengan sistem yang wujud sekarang.. Mengapa harus ada perbezaan dengan semua ni?? Sedangkan, tanpa Sarawak & Sabah, Malaysia takkan wujud..
Adakah kerana??
1. Jarak - dipisahkan oleh laut??
2. Sarawak tiada ...........
3. Dan...... Banyak dan lagilah...
Sepatutnya, tiada perbezaan yang wujud.. Rasanya tiada perjanjian yang ditetapkan bahawa mesti ada perbezaan antara Sarawak & Semenanjung Malaysia.. Sama... Ye, sama... Itu yang sepatutnya...
Tanpa SARAWAK & SABAH, MALAYSIA takkan wujud.. Jangan pertikaikan MA63.. Itu perjanjian yang ditandatangani dalam pembentukan Malaysia.. Hormati.. Kalau ada yang belum faham, boleh google di internet.. Perjanjian 18/20 tu ada perjanjian yang perlu dihormati...
Orang Sarawak sama je dengan orang semenanjung... Tak da beza pun.. Sarawak dari dulu dah mengamalkan 1 Malaysia ni.. Sejak dulu dah.. Orang Sarawak sentiasa mengalu2kan kedatangan orang semenanjung ke sini.. Alhamdulillah... Tiada halangan @ sekatan yang berlaku.. Datang lah Sarawak.. Tak perlu takut.. Orang Sarawak tak tinggal atas pokok pun.. Semua tinggal sempurna dalam rumah yang cantik..
Last dari aku, aku harap Sarawak akan sentiasa 'dipandang'.. tanpa sepi.. Kita sama sahaja.. Aku orang Sarawak.. Juga anak semenanjung.. Aku anak MALAYSIA.. Banyak sebenarnya yang ingin aku tulis.. Tapi cukuplah dulu setakat ini.. Nanti2, aku sambung lagi...
Gambar hiasan :
No comments:
Post a Comment