Monday, 2 July 2012

Kemenangan Sepanyol terhadap Itali dalam EURO 2012





Berikutan dengan kemenangan Sepanyol pagi tadi, kita dapat melihat beberapa kelebihan kepada pasukan Sepanyol berbanding Itali sepanjang 90 minit perlawanan. Dibawah serba sedikit apa yang saya perhatikan...

1. Sepanyol adalah pasukan kebangsaan paling berjaya sepanjang masa
Tidak diragukan lagi bahawa prestasi pasukan Sepanyol kali ini dapat menyamai pencapaian Brazil (1958-62, 1970), Perancis (1998-2000) dan juga Jerman Barat (1972-74). Dengan menggapai kemenangan ini, Sepanyol menjadi negara pertama yang menggondol dua kali Piala Eropah dan juga Juara Dunia dalam waktu bersamaan.
Yang lebih penting lagi, pasukan Sepanyol berjaya memperagakan gaya yang lebih dari yang dilakukannya pada sepanjang pertandingan ini, memperlihatkan aksi-aksi cemerlang yang berjaya menghasilkan gol-gol David Silva, Jordi Alba, Fernando Torres dan Juan Mata.
Setiap gol-gol mereka tadi lakukan pada 2.45 pagi tadi – memperlihatkan pergerakan, imaginasi, keindahan yang penuh cemerlang– akan terus tercatat dalam sejarah bolasepak dunia, dan untuk semua itu kita semua seharusnya berterima kasih kepada pemain-pemain yang telah memberikan kesempatan kepada kita untuk menjadi saksi di atas .



2. Tiada penyerang seperti penyerang Sepanyol..
Tiga minggu kita mendengar mengenai formasi 4-6-0 dari jurulatih terkenal, Vicente del Bosque yang bijak. Fakta sebenarnya ialah pasukan Sepanyol memang tak pernah menginginkan Torres yang peranannya besar, untuk menjadi pemain kesebelasan utama. Dengan ketokohannya sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang sejarah, David Villa, dan kerena cederanya, Cesc Fabregas yang tampil amat menarik telah mengambil posisi tengah dengan menjaringkan dua gol selama berlangsungnya pertandingan ini dan menciptakan pembantu dalam menjaringkan yang mengagumkan dengan memanfaatkan ketangkasnya untuk mengemudi jaringan gol pembuka yang diciptakan David Silva pada perlawanan akhir pagi tadi.
Bila kita perhatikan sejak EURO 2012 ini bermula, tiada pemain yang berjaya menjaringkan gol lebih dari tiga. 
Dengan kombinasi yang menarik antara Jordi Alba dan Fernando Torres yang telah mencipta dua gol cantik, sekaligus telah memperlihatkan kita akan penampilan yang lebih bersemangat dan lebih bertenaga jika  dibandingkan pada penampilan beliau sebelumnya. Tapi yang menariknya adalah kita dapat melihat semua pemain Sepanyol berada pada penampilan terbaik mereka dalam perlawanan akhir yang sememangnya diperuntukan untuk mereka yang berpengalaman.



3. Corak permainan penyerang pasukan Itali mencipta peluang kepada pemain Sepanyol
Sejak bermulanya EURO 2012, Sepanyol telah menggunakan corak serangan lebih cepat jika dibandingkan dengan pasukan lain dalam Euro 2012 ini. Satu sebabnya adalah kerena Sepanyol ingin mendiamkan pengkritik yang mengkritik pasukan mereka dengan menyatakan bahawa corak permainan mereka agak membosankan. Namun alasan yang sebenarnya adalah keputusan pasukan Itali untuk bermain malam tadi dengan corak menyerang. Pemain Itali telah menciptakan peluang-peluang di dalam perlawanan pagi tadi dan mereka tidak mengubah corak permainan mereka hanya karena takut akan pasukan Sepanyol. Dengan semua ini, jurulatih Itali, Cesare Prandelli layak untuk mendapatkan penghormatan yang luar biasa. Tetapi corak yang dilewati oleh mereka ini membuatkan banyak terbuka ruang pada pasukan Itali sehingga telah menciptakan ruang yang digunakan oleh pasukan Sepanyol dengan baik dan menarik. 
Jika ruang dibiarkan terbuka, maka terjadilah seperti pasukan Itali semalam. Selain itu, kekuatan pasukan Itali yang berkurang kepada 10 orang setelah cederanya Thiago Motta (ditambah kepenatan yang dialami oleh tiga pemain ganti pasukan Itali) membuatkan masuk sahaja separuh masa kedua, permainan berjalan menjadi lebih tidak seimbang.



Ini sedikit sebanyak catatan yang dapat saya catatkan berdasarkan pemerhatian saya sepanjang 90 minit perlawanan akhir EURO 2012 semalam (pagi 2 Julai 2012). Saya hanya peminat permainan Bola Sepak. Kita tunggu 2 tahun lagi, bagaimanakah corak permainan pemain-pemain bertaraf dunia di perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil.

No comments:

Powered By Blogger