Lama dah tak mencoret sedikit di ruangan BLOG ni...
Aku rasa tertarik dengan kenaikan harga minyak bagi November 2016.. Dari petrol hingga ke diesel, harga naik sebanyak 15 sen... Walaupun sedikit, 15 sen je kan... Tapi terkesan jugak di poket ni... Kalau sebelum ni isi minyak RM40 dah penuh.. Sekarang, RM50 baru penuh.. Memang RM10 yang ditambah tu memang menyakitkan untuk dikeluarkan dari beg duit...
Tak kira siapa kita, cikgu ke, kerja sendiri ke, kat 'opis' ke, kat mana-mana tempat kerja, memang terasa sangat.. Kereta pulak, Axia ke, Kancil ke, Viva ke, kereta import ke, sama je... Tapi orang Sarawak memang kaya-kaya semuanya sebab ramai guna Hilux, Ninja & Dimax... Guna minyak Diesel tu.. Diesel makin mahal tu...
Sekarang, duit gaji memang akan diguna untuk memenuhi semua kehendak yang diinginkan.. Kehendak siapa?? Orang cakap, baru je masuk gaji hari ni, esok dah KURANG dah jumlah dalam 'BANK'.. Untuk diguna sebulan tu... Dah nasib makan gaji...
Kalau nak cakap lebih2 nanti, kita yang kena.. Cuma aku harap, semua kita dapat bersabar.. Cakap siang pandang-pandang... Semoga Disember 2016 nanti harga nya TURUN.. Kalau turun lah......
November - Berbaiklah dengan kami ye... Jauhkan kami dari mengeluarkan belanja yang melampau..
Gambar dari sumber yang dipercayai :
No comments:
Post a Comment