Tuesday, 19 July 2016

Prasarana Sekolah Di Sarawak Mengecewakan...

Sedikit pendapat aku berkenaan isi cerita tersebut..

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan daif bermaksud cacat, hina, dan lemah.. Tetapi, dari pandangan kita daif ni senang cerita lah.. Miskin, berlubang, pecah2..

Sememangnya dari dulu, ada pihak2 yang bertanggungjawab dalam hal2 sebegini.. Alhamdulillah.. Sekarang, akhirnya nampak jugak.. Kata2 tersebut pulak dari orang No 1 Sarawak..

Kesian tau... Di Sarawak ni bukannya sedikit sekolah yang dikira daif.. Banyak.. Cuma, kita tak nampak kerana sekolah tersebut di pedalaman.. Tetapi, berada di PEDALAMAN ke masalahnya sekolah itu jadi daif tanpa di jenguk?? Sepatutnya TAK..

SARAWAK ni negeri yg kaya.. Kaya dengan hasilnya.. Balak, petroleum.. Byk wooo!! Takkan ada masalah ini berlaku.. Sarawak ni negara yang besar.. Takda masalah.. Jangan plak aku keluarkan kata2 TMJ plak..

Sekarang, pihak2 berkepentingan harus berkhidmat.. Jangan waktu PRN je nak datang Sarawak ni.. Tengok lah infrastruktur sesebuah sekolah.. Jangan dibiarkan.. Samaratakan dengan sekolah2 di sana.. Tanpa kami disini, semua nya ini takkan tercapai..

Teruskan usaha, Tok Nan.. 'Upgrade'lah sekolah2 luar bandar & pedalaman kepada sekolah yang hebat.. Kembalikan hak anak2.. Berdosa kita.. Anak2 patut mendapat hak diorg belajar di sekolah yang terbaik walaupun bukan dibandar...

Sekian, terima kasih...

Bahan dari :

http://sarawakupdate.online/isu-rakyat/km-kecewa-prasarana-persekolahan-sarawak-daif

No comments:

Powered By Blogger