Sunday, 23 July 2017

Orang Berbudi Kita Berbahasa

Bagaimana cara menghormati orang??
Orang muda hormat orang yang lebih berusia... Guna panggilan abang, kakak... Makcik, pakcik.. Beza tua & muda.. Takkan mak ayah kau nak panggil nama je, kan......

Kalau di tempat kerja, hormat lah orang yang di ATAS kita.. Sekurang2nya, guna kan kata panggilan yang sesuai.. Jangan guna kau aku.. Jangan panggil nama je.. Kita HORMAT orang diATAS sebab tempat yang dia duduki.. Dia KETUA kita.. Berhemah pada kata2... Kerana pulut, santan binasa.. Diorang ni perantara antara kau dengan yang sepatutnya...

Sekarang, kau tak hormat org, org takkan hormat engkau... Jejari pena menari.. Tak mati pun mengiktiraf yang sepatutnya..

Kalau askar, jumpa pegawai walau diluar, tabik tetap ada.. Hormat askar pada pangkat.. Respect...

Dunia berputar.. Segala kejadian, qada & qadar dah ditentukan olehNya.. Bila kita hormat orang, orang akan hormat kita balik... Give & take...

Ingat, orang muda mesti hormat orang yg lebih berumur..

#hormatselalu
#respect

Gambar hiasan :

Thursday, 4 May 2017

HARI GURU 2017

Huraian Tema Hari Guru 2017
Tema - Hari Guru : Pembina Negara Bangsa

Definisi

GuruPengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

PembinaIndividu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.

Negara BangsaKumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.

Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

  • Majlis Pelancaran
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 Tahun 2017 akan diadakan di Johor Bharu. Majlis ini akan diadakan di Educity Sports Comlex, Iskandar Puteri, Johor  16 Mei 2017. 

sumber : http://www.cikgushare.com/2017/05/huraian-tema-hari-guru-2017-guru.html

Sunday, 30 April 2017

Selamat Hari Pekerja pada semua

Selamat Bercuti semua... Gunakan cuti yang ada untuk bersama famili.. 

Gambar hiasan :
 

Thursday, 12 January 2017

PERGIMU TAK KEMBALI.. AL-FATIHAH..

Perginya takkan kembali... Akan dirindui.. Pemimpin berjiwa rakyat.. Kehilangan yang pastinya akan dirasai seluruh rakyat Sarawak umumnya..

Sedikit coretan ku :
Balasungkawa Tan Sri Adenan Satem..

Terima kasih Tok Nan...

Tenanglah di sana.. Rehatlah...
Pemergian mu ditangisi oleh segenap pelusuk rakyat di Sarawak..
Pergimu tak kembali..
Pergimu akan terus dikenang..
Segala usahamu akan terus diingati..
Segala yang kau janjikan, telah tercapai..
Kau berjaya satukan rakyat Sarawak..
Pelbagai usaha kau lakukan, nampak dimata...
Kami redha akan pergimu walaupun dikala ini, kami masih perlukan kamu..
Terima kasih CM.. Terima kasih Tok Nan.. Terima kasih...

Tenanglah dikau di sana...

Coretan :
Cikgu Along

Doa untuk mu... Pemimpin berjiwa rakyat..

Innalillahiwainnailaihirojiun

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
"Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fuanhu". Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Al Fatihah khususon ila ruuhil..............

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Satu kehilangan besar buat rakyat Sarawak...
Sedih ngenang jasa dan pengorbanan yg belum sempatnya lihat hasil dan impiannya utk kemajuan Sarawak...😞😞😭

Monday, 28 November 2016

SELAMAT BERCUTI

Selamat bercuti buat semua.....

Waktu-waktu macamni lah kita dapat bersama anak-anak & keluarga...

Coretan dari seorang guru:

Berehatlah wahai guru.

Rungkaikan lelahmu menyemak buku
bersantailah wahai guru
yang kering tekak melaung suara menumpah ilmu
Rehatlah wahai guru
rehatkan kakimu dari lenguh berdiri
mengajar ilmu di buku.

Waktu itu rehat kita terisi
dengan rancangan misi
dan visi tahun yang menanti
waktu itu rehat kita mencari
inti buat mengajar lebih kreatif
waktu itu rehat kita mungkin terisi dengan kursus
yang hadir secara 'emergency'.

Gembiralah para ibu bapa
menjaga anak 24 jam yang ada
perhatikan mereka agar tiada jatuh dan luka
jangan dibiar menatap TV dan komputer
nanti malasnya berlemak bertimpa-timpa
sukarlah guru nak membakar kalorinya
pantaulah disiplin saat bersama-sama
agar tertib olah dan lakunya
isikan masanya
dengan perkara berguna
ibadah dan solat tegaskan sentiasa.

Guru tiada sebulan lebih cuma
awal tahun nanti kami
sambut semula.

Selamat bercuti (jika boleh bercuti) kepada semua rakan guru.

Gambar hiasan :

Wednesday, 23 November 2016

VIRAL

VIRAL......
Benda yang memalukan, suka sangat nak viral... Sikit2 nak viral... Tak habis2 nak viral... Tak kisah macamana cerita yang nak diviral, asal hati puas... "Kau yang malu.. Bkn aku..." Mungkin sakit hati kot.... Mungkin jugak terdapat sedikit calit berwarna hitam di hati... Niat hati??? Memalukan orang... Kenapa??? Dengki???

VIRAL.....
Semua cerita nak diviral... Semua cerita 'hal orang' nak dikongsi dengan org lain.. Hal orang tu ye... Bkn hal diri sendiri... Cuba lah cerita hal diri sendiri....... "Terserlah kebangangan org itu yang disebar oleh org2 bangang jugak..."

VIRAL.....
Dah2 lah.... Tak perlu nak sensasikan buruk orang.. Tak perlu viralkan kisah hidup orang.. Salah viral kita jugak dapat dosa... Korang tahu ke cerita di sebalik cerita yang korang viral??? Memang dunia sekarang di hujung jari je...

Jadi... Berwaspadalah sewaktu 'share' sesuatu... Kita takut... Dengan apa yang kita kongsi, kita 'share' berupaya membuatkan maruah orang jatuh... Mampu buat orang malu.. Mampu beri kesan dalam jiwa orang... Siapa bersalah????

Renung2kan...

Gambar hiasan :

Tuesday, 1 November 2016

HARGA MINYAK NOVEMBER 2016

Lama dah tak mencoret sedikit di ruangan BLOG ni...

Aku rasa tertarik dengan kenaikan harga minyak bagi November 2016.. Dari petrol hingga ke diesel, harga naik sebanyak 15 sen... Walaupun sedikit, 15 sen je kan... Tapi terkesan jugak di poket ni... Kalau sebelum ni isi minyak RM40 dah penuh.. Sekarang, RM50 baru penuh.. Memang RM10 yang ditambah tu memang menyakitkan untuk dikeluarkan dari beg duit...

Tak kira siapa kita, cikgu ke, kerja sendiri ke, kat 'opis' ke, kat mana-mana tempat kerja, memang terasa sangat.. Kereta pulak, Axia ke, Kancil ke, Viva ke, kereta import ke, sama je... Tapi orang Sarawak memang kaya-kaya semuanya sebab ramai guna Hilux, Ninja & Dimax... Guna minyak Diesel tu.. Diesel makin mahal tu...

Sekarang, duit gaji memang akan diguna untuk memenuhi semua kehendak yang diinginkan.. Kehendak siapa?? Orang cakap, baru je masuk gaji hari ni, esok dah KURANG dah jumlah dalam 'BANK'.. Untuk diguna sebulan tu... Dah nasib makan gaji...

Kalau nak cakap lebih2 nanti, kita yang kena.. Cuma aku harap, semua kita dapat bersabar.. Cakap siang pandang-pandang... Semoga Disember 2016 nanti harga nya TURUN.. Kalau turun lah......

November - Berbaiklah dengan kami ye... Jauhkan kami dari mengeluarkan belanja yang melampau..

Gambar dari sumber yang dipercayai :

Powered By Blogger