Thursday, 4 May 2017

HARI GURU 2017

Huraian Tema Hari Guru 2017
Tema - Hari Guru : Pembina Negara Bangsa

Definisi

GuruPengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.

Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.

PembinaIndividu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.

Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.

Negara BangsaKumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.

Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.

  • Majlis Pelancaran
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru 2017 Peringkat Kebangsaan Ke-46 Tahun 2017 akan diadakan di Johor Bharu. Majlis ini akan diadakan di Educity Sports Comlex, Iskandar Puteri, Johor  16 Mei 2017. 

sumber : http://www.cikgushare.com/2017/05/huraian-tema-hari-guru-2017-guru.html
Powered By Blogger