Persoalannya disini, adakah anda (calon UPSR 2015) menyesal dengan keputusan yang telah anda perolehi? Sepatutnya bukan sekarang anda menyesali apa yang anda perolehi. Tarikh 8, 9 & 10 September 2015, di situ lah tarikh sebenar samada PENYESALAN @ GEMBIRA...
Tak mengapalah. Terimalah keputusan yang diterima dengan hati yang lapang. Tak da masalah pun. LULUS @ GAGAL bukan penghalang anda untuk menjalani kehidupan seterusnya. Tak perlu malu. Kita dah berusaha untuk dapat yang terbaik, maka itulah hasilnya..
SEDIH?? Tak perlu sedih pada dengan apa yang dah kita perolehi. Kita mampu cuma kita tak bernasib baik. In shaa Allah di ujian yang akan datang. Usaha & tawakallah..
5A dalam UPSR, bukan pengukur pandai ke tidak seseorang murid. Anda semua dilahirkan pandai. Tak perlu malu kalau keputusan anda yang kurang memuaskan hati anda.
Saya yakin guru2 anda berbangga seperti saya. Kenapa harus saya nak malu dengan keputusan anda? Saya berbangga dengan keputusan yang telah anda anda dan anda perolehi. LULUS & GAGAL, saya tetap bangga. U WANT MY HUG?? I GIVE YOUR HUG!!!
Saya tak akan mempertikaikan mengapa keputusan yang anda dapat sebegini rupa dan sebegitu rupa. Nasib?? Tak. Ini bukan nasib. Inilah nama nya USAHA anda. Jika sampai di situ usaha anda, situ je lah yang anda dapat. Jangan kerana keputusan yang tak memuaskan itu, anda malas nak ke sekolah menengah. Itu bukan alasan ye.
Seperti yang dah saya beritahu, LULUS & GAGAL anda dalam UPSR 2015, saya tetap berbangga dengan anda. Cuma saya tak suka perkataan GAGAL itu sahaja. Dan saya berharap perkataan itu akan dapat bertukar kepada LULUS pada ujian anda di sekolah menengah.
Dah ucap TERIMA KASIH pada guru-guru anda?? Jangan berat mulut untuk mengucapkan ucapan tersebut. Guru-guru inilah yang siang malam berhempas pulas memberi tunjuk ajar kepada anda. Penat lelah mereka ni akan terbalas walaupun hanya lafaz TERIMA KASIH diucapkan. Orang berbudi kita merasa, orang berbudi kita merasa.. TERIMA KASIH CIKGU..
In shaa Allah. Kita mampu mngubahnya. Tak perlu bersedih lama-lama dengan semua yang dah kita perolehi. Jauh lagi perjalanan yang akan anda anda lalui. Ingat, berusahalah untuk mencapai yang lebih baik lagi.
Kita tetap TERBAIK!!
U WANT MY HUG?? I GIVE YOUR HUG...