Saturday, 27 December 2014

SOS

Apa itu SOS?

Cuba tanya kawan2, tau ke apa maksud SOS?? Mesti dalam 80% tak tau. Hehe.. Takpe2, ni nk terangkan kat adik2 apa maksud singkatan bagi SOS ni. Bukan SOS cili ataupun sos kicap ye, buat cicah ayam KFC ke bugger ke goreng pisang ke, dan bukan juga sos tomato,  tetapi SOS adalah :

Panggilan kecemasan dalam bentuk Kod Morse yang paling senang untuk dikenalpasti berbanding set Kod Morse yang lain.

Sebelum pengenalan ‘SOS’, panggilan kod kecemasan untuk Kod Morse adalah CQD. Kod SOS pertama kali digunakan oleh Arapahoe, iaitu sebuah kapal stim pada tahun 1909, kemudian beberapa akronim telah diwujudkan dari perkataan tersebut.

Antara akronim yang popular adalah :

1. Save Our Ships
2. Save Our Soul
3. Sink Or Swim

Selain dari senang dikenalpasti, SOS juga telah dipilih kerana terdiri dari set 3 titik, 3 sengkang, 3 titik dan senang untuk di hantar.

Lagu Jonas Brothers, SOS tu lebih kepada Save Our Soul. Tu isyarat khas untuk orang yang dilamun cinta. So, jangan pulak kata SOS itu adalah Jonas Brothers. 

Gambar hiasan :

Powered By Blogger