Sunday, 14 September 2014

KERTAS UPSR BOCOR!! SALAH SIAPA??

Pada aku, kebocoran jawapan UPSR tahun tok telah memberi kesedaran pada semua kita..  Cubalah kita perhatikan apa yang terjadi?? Apa sebabnya??

Ranking di peringkat daerah?? Peringkat Negeri?
Beberapa tahun ini kita melihat prestasi UPSR negeri... Di mana ranking Sarawak?? Sabah?? Tentu rakan2 guru tahu dimana...

Sebelum ini mungkin dah terjadi tetapi disembunyikan.. Apakah sebabnya??

Dari pengalaman aku menjaga pengawas UPSR di pendalaman, alhamdulillah, tiada perkara sebegini berlaku.. Amanah yang diberi dipikul dengan sebaik nya. Jangan kan nak mendekati bilik kebal, menjeling pun tak boleh..

Sekarang baru kita sedar, di mana tempat nya kita.. Bukan nak membangga diri tetapi inilah hakikat.. Jika ada kemahuan mesti ada cara.. Jangan kerana nak mengejar ranking semata2.. Biarlah keputusan peratusan sekadar 20%, jujur, itu sudah memadai..

'Pembelot yang berkenaan', semoga perkara ini menjadi ikhtibar dan teladan kepada kamu. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebalanga.. Tengok lah apa yang dah kamu lakukan?? Kesian anak2.. Kesian guru2.. Kesian ibu bapa..

Anak2 belajar untuk pandai.. Bukan untuk belajar jadi penipu.. Tak jadi masalah kalau anak2 kita belajar dan berjaya ikut kemampuan tapi kalau dengan bantuan (meniru), apa gunanya??

Aku sekadar memberi pendapat.. Bukan untuk kondem orang.. Aku juga guru.. Aku tak suka buat begitu..

-cikgu hensem-

gambar hiasan


Powered By Blogger