Friday, 18 July 2014

MH17 - AL-FATIHAH

Semalam kita dikejutkan dengan terhempas sebuah lagi kapalterbang MAS. Ada 298 orang yang terlibat. Termasuk 15 orang anak kapal.

Penerbangan daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur dijangka sampai pada 6.10 pagi waktu Malaysia. Menurut sumber yang diperolehi, kapalterbang tersebut telah ditembak jatuh.

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Abdul Razak telah menyatakan dan berjanji yang pihak kerajaan akan mencari pihak yang bertanggungjawab.

Apapun, kita serahkan kepada pihak kerajaan untuk menanganinya. Ini bukan masa untuk menyalahkan siapa-siapa seperti yang terdapat di dalam media sosial sejak peristiwa ini berlaku.

Gambar hiasan..

Monday, 14 July 2014

TAHNIAH JERMAN

Skuad JERMAN menang dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2014. Dengan gol pada masa tambahan, JERMAN telah berjaya memenangi Piala Dunia 2014 edisi ke20..

Keputusan pagi tadi, 14 Julai 2014 :

Argentina 0 - 1 Jerman

Maka dengan ini, juara dunia kali ini milik JERMAN. Meletakkan SEPANYOL ke bawah.

Mamat rasa, kemenangan ini sememangnya milik JERMAN atas kerja keras skuad selama ini..

Kita jumpa lagi 4 tahun akan datang!! 2018.. Di Rusia..

TAHNIAH JERMAN!!!


Gambar hiasan..

Sunday, 13 July 2014

KEKALAHAN BRAZIL DI BRASILIA

Brazil mengakhiri pentas Piala Dunia 2014 dengan kekalahan yang seterusnya di tangan Belanda. Keputusannya :

Brazil 0 - 3 Belanda

Tak sangka juara dunia 5 kali, kali ini longlai ditangan Belanda. Kekalahan kali ini amat memalukan skuad Brazil.

Mamat rasa Brazil perlu kembali melihat kembali zaman kegemilangannya pada edisi Piala Dunia sebelum-sebelum ini.

Rekod Belanda ialah Belanda tidak pernah kalah dalam erti kata sebenar iaitu selama tempoh 90 minit, Belanda tidak pernah kalah seperti skuad-skuad yang lain.

Tahniah Belanda kerana berjaya menduduki tempat ke3..

Wednesday, 9 July 2014

PASUKAN MANAKAH YANG AKAN KE FINAL PIALA DUNIA 2014

Pagi Khamis, 10 Julai 2014, 4 pagi, dua pasukan di peringkat separuh akhir kedua akan beraksi. Pasukan itu ialah Belanda dan Argentina..

Apakah akan ada kejutan kali ini?? Kita tunggu bersama-sama keputusannya kelak.

Ramalan admin : Argentina 1 - 3 Belanda

BONUS BAGI KAKITANGAN AWAM 2014 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak telah mengumumkan pemberian BONUS sebanyak RM500 kepada semua kakitangan awam bergred gaji 1 hingga 52..

Bagi yang menerima pencen, mereka akan diberi RM250. Walaupun tak banyak, sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan beban kepada kakitangan awam yang akan menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Terima kasih PM!!!

AKSI BRAZIL YANG MENYEDIHKAN DI PENTAS PIALA DUNIA 2014

Dalam tempoh 45 minit masa pertama, BRAZIL telah dikecewakan dengan 5 gol oleh pasukan JERMAN. JERMAN menunjukkan semangat juang yang tinggi.

BRAZIL seolah-olah kaku. Membiarkan sahaja gol yang dimasukkan oleh pasukan JERMAN. JERMAN menunjukkan permainan yang baik...

Dalam minit ke 80, JERMAN gol lagi... Dengan 7 gol, JERMAN sudah layak ke final Piala Dunia 2014..

Tahniah JERMAN..

Selamat tinggal BRAZIL!!

Sunday, 6 July 2014

EMPAT PASUKAN ELIT DI SEPARUH AKHIR PIALA DUNIA 2014

Empat pasukan negara iaitu Brazil, Jerman, Argentina dan Belanda akan berentap di Separuh Akhir Piala Dunia 2014.

Brazil akan berjumpa dengan Jerman dan Argentina pula akan berjumpa dengan Belanda. Sememangnya keempat-empat pasukan ini melalui jalan yang sukar sebelum menduduki ditempat masing-masing.

5 Julai 2014 - Brazil dengan bergayanya melangkah ke pusingan Separuh Akhir walaupun kehilangan penyerangnya, Nyemar Jr. yang cedera pada minit ke 88 sewaktu pertemuan dengan Columbia.. Amat menyedihkan pemain muda itu terpaksa disingkir awal didalam senarai pasukannya sendiri.

Keputusan : Brazil 2 - 1 Columbia

Jerman melangkah dengan lagaknya selepas menewaskan Perancis..

Keputusan : Perancis 0 - 1 Jerman

6 Julai 2014 - Pertemuan antara Argentina dengan Belgium berakhir dengan kemenangan tipis pasukan Argentina. Sememangnya sudah diramal awal akan kebangkitan pasukan ini..

Keputusan : Argentina 1 - 0 Belgium

Pertemuan antara Belanda dan Costa Rica juga amat tragik. Berakhir dengan sepakan penalti. Selepas 90 minit perlawanan seri, begitu juga dengan tambahan masa 30 minit, penalti adalah jalan penyelesaian. Keputusan penalti berpihak dengan pasukan Belanda.

Keputusan : Belanda 4 - 3 Costa Rica (penalti)

TAHNIAH BUAT NEGARA-NEGARA YANG MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR PIALA DUNIA 2014.


Catatan : 
Gambar hiasan.

Powered By Blogger