Thursday, 16 August 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Sempena hari mulia Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini, mamat nak minta maaf pada semua... Tidak lama lagi, kita akan merasai kenikmatan Aidilfitri yang indah ini... Bermaaf-maafan kita sesama kita....
Mamat juga nak memohon ampun pada semua jika ada sebarang kesalahan pada yang telah mamat buat selama ini....
Thursday, 26 July 2012
BONUS KAKITANGAN AWAM 2012
Kakitangan Awam yang berkhidmat di Malaysia beruntung kerana mendapat BONUS sempena perayaan Hari Raya yang bakal menjelma. Alhamdulillah. Ini tandanya kerajaan Malaysia faham akan keperluan rakyat Malaysia. Walaupun sebulan gaji tetapi itu semua sudah mancukupi.
Admin rasa semua kakitangan kerajaan memanjatkan syukur di atas pemberian yang amat bermakna ini. Tidak kira kakitangan itu menyokong mana-mana parti politik, kerajaan Malaysia tetap menghargai semua kakitangannya. InsyaAllah, dengan adanya BONUS ini, digunakan sebaiknya untuk berbelanja sempena perayaan Hari Raya yang bakal tiba.
Seperti yang Ketua Setiausaha katakan, tidak salah kalau BONUS tersebut disimpan sedikit bagi menghadapi hari-hari akan datang. Admin menyokong penuh kata-kata beliau. Kurangkan pembaziran kerana membazir itu seakan mengikut jejak syaitan. Oklah. Dibawah admin sertakan petikan daripada suratkhabar Berita Harian bertarikh hari ini, 26 Julai 2012.
PUTRAJAYA: Sebanyak 1.27 juta kakitangan awam akan mendapat duit raya apabila kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang dibayar pada pertengahan bulan ini. Selain itu, kerajaan mengumumkan berita gembira untuk 590,000 pesara kerajaan yang akan menerima Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500.
Ia diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam sebagai menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Pembayaran bonus dan Bayaran Khas Kewangan itu membabitkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.
“Kerajaan berharap ia meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan serta membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri.

Ini menunjukkan kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam,” katanya.
Umat Islam dijangka menyambut Aidilfitri pada 30 Ogos ini. Ini adalah kali ketiga berturut-turut penjawat awam dan pesara mendapat duit raya. Pada tahun lalu dan 2009, kerajaan memberikan Bantuan Khas Kewangan kepada kedua-dua kumpulan itu sebelum 1 Syawal.
Kali terakhir kerajaan membayar bonus sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam adalah pada September dan Disember 2008.
Sementara itu, Najib yang bercuti sejak 1 Ogos lalu selepas menjalani pembedahan ‘Arthoscopic’ di lutut kiri memulakan tugasnya pagi semalam.
Beliau yang tiba di pejabatnya di bangunan Perdana Putra kira-kira jam 9.40 pagi kelihatan ceria dan sihat sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Negara.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri berkata, Najib dibenarkan bertugas selepas doktor berpuas hati dengan proses penyembuhannya.
Kecederaan lama Perdana Menteri berulang selepas menendang bola ketika merasmikan pertandingan futsal di Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya pada Mei lalu. Bagaimanapun, doktor menasihatkan beliau mengehadkan aktiviti harian pada waktu ini sehingga pulih sepenuhnya.
Selain melaksanakan tugas pejabatnya, Perdana Menteri hadir pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana petang semalam.

Friday, 20 July 2012
Keistimewaan Ramadhan al-Mubarak
Dalam hadis yang diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib R.A, suatu hari Rasullullah SAW ditanya oleh sahabatnya, tentang keistimewaan solat tarawih pada bulan Ramadan. Maka Rasullullah SAW bersabda; Siapa yang melaksanakan solat tarawih pada :
- Malam ke-1: Terlepaslah ia dari dosa-dosanya seperti ketika ia baru dilahirkan oleh ibunya.
- Malam ke-2: Allah swt memberi pengampunan kepadanya dan kepada kedua orang tuanya jika keduanya mukmin (orang yang beriman)
- Malam ke-3: Malaikat berseru dari bawah Arasy; mulailah beramal semoga Allah swt mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu.
- Malam ke-4: Mendapatkan pahala sama dengan pahala membaca Taurat, Injil, Zabur, dan Al-Quran
- Malam ke-5: Allah memberi pahala kepadanya seperti pahala orang yang solat di Masjid Alharam (masjidil haram) di Makkah, masjid Nabawi di Madinah dan masjid Al Aqsa di Palestin.
- Malam ke-6: Allah akan memberi pahala seperti pahala orang yang tawaf di-Baitul mamur, dan batu-batu serta tanah liat memohonkan ampun untuknya. (subhanallah sungguh luar biasa, batu dan tanah yang kita injak selama ini ,ternyata boleh meminta keampunan kepada Allah untuk kita).
- Malam ke-7: Seakan-akan dia berjumpa nabi Musa a.s kemudian menolongnya dari Kerajaan Firaun dan Hamman.
- Malam ke-8: Allah memberikan kepadanya, apa yang pernah Allah berikan kepada Nabi Ibrahim a.s
- Malam ke-9: Dia menjadi seperti seorang hamba Allah yang beribadah kepadanya seperti ibadahnya seorang nabi.
- Malam ke-10: Allah memberikan anugerah kepadanya, berupa kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.
- Malam ke-11: Maka apabila meninggal dunia dalam keadaan seperti bayi yang baru lahir (meninggal dengan tanpa membawa dosa /husnul khotimah)
- Malam ke-12: Pada Hari Kiamat, anda akan bangkit dengan muka cemerlang seperti bulan.
- Malam ke-13: Pada Hari Kiamat, anda akan bebas dari ketakutan yang membuat manusia sedih.
- Malam ke-14: Para malaikat memberi kesaksian solat tarawih anda, dan Allah tidak menghisab anda lagi.
- Malam ke-15: Anda akan menerima shalawat dari para malaikat, termasuk malaikat penjaga Arasy dan Kursi.
- Malam ke-16: Anda akan mendapat tulisan "Selamat" dari Allah, anda akan mendapat syurga, dan lepas dari seksaan neraka.
- Malam ke-17: Allah akan memberi pahala kepada anda sesuai pahala para nabi.
- Malam ke-18: Malaikat akan memohon kepada Allah agar anda selalu mendapat restu.
- Malam ke-19: Allah akan mengangkat darjat anda ke Firdaus (surga yang tinggi)
- Malam ke-20: Diberikan pahala kepada anda sesuai pahala para syuhada dan shalihin.
- Malam ke-21: Allah akan membuatkan sebuah bangunan dari cahaya untuk anda disyurga.
- Malam ke-22: Anda akan merasa aman dan bahagia pada hari kiamat, karena Anda terhindar dari rasa takut yang amat sangat.
- Malam ke-23: Allah akan membuat sebuah kota untuk Anda di dalam syurga.
- Malam ke-24: Allah akan mengabulkan 24 permohonan Anda selagi Anda masih hidup di dunia.
- Malam ke-25: Anda akan bebas dari siksa kubur.
- Malam ke-26: Allah akan darjat amal kebaikan Anda sebagaimana darjat amal kebaikan Anda selama 40 tahun.
- Malam ke-27: Anda akan secepat kilat bila melewati Siratalmustakim nanti.
- Malam ke-28: Anda akan dinaikkan 1.000 kali oleh Allah di dalam syurga kelak.
- Malam ke-29: Allah akan memberi pahala kepada Anda seperti Anda menjalani ibadah haji 1.000 kali yang diterima Allah.
- Malam ke-30: Allah menyuruh kepada Anda untuk memakan semua buah di syurga, minum air kausar, mandi air salsabila (air syurga),karena Allah Tuhan Anda, dan Anda hamba Allah yang setia.
Monday, 2 July 2012
Kemenangan Sepanyol terhadap Itali dalam EURO 2012
Berikutan dengan kemenangan Sepanyol pagi tadi, kita dapat melihat beberapa kelebihan kepada pasukan Sepanyol berbanding Itali sepanjang 90 minit perlawanan. Dibawah serba sedikit apa yang saya perhatikan...
1. Sepanyol adalah pasukan kebangsaan paling berjaya sepanjang masa
Tidak diragukan lagi bahawa prestasi pasukan Sepanyol kali ini dapat menyamai pencapaian Brazil (1958-62, 1970), Perancis (1998-2000) dan juga Jerman Barat (1972-74). Dengan menggapai kemenangan ini, Sepanyol menjadi negara pertama yang menggondol dua kali Piala Eropah dan juga Juara Dunia dalam waktu bersamaan.
Yang lebih penting lagi, pasukan Sepanyol berjaya memperagakan gaya yang lebih dari yang dilakukannya pada sepanjang pertandingan ini, memperlihatkan aksi-aksi cemerlang yang berjaya menghasilkan gol-gol David Silva, Jordi Alba, Fernando Torres dan Juan Mata.
Setiap gol-gol mereka tadi lakukan pada 2.45 pagi tadi – memperlihatkan pergerakan, imaginasi, keindahan yang penuh cemerlang– akan terus tercatat dalam sejarah bolasepak dunia, dan untuk semua itu kita semua seharusnya berterima kasih kepada pemain-pemain yang telah memberikan kesempatan kepada kita untuk menjadi saksi di atas .
2. Tiada penyerang seperti penyerang Sepanyol..
Tiga minggu kita mendengar mengenai formasi 4-6-0 dari jurulatih terkenal, Vicente del Bosque yang bijak. Fakta sebenarnya ialah pasukan Sepanyol memang tak pernah menginginkan Torres yang peranannya besar, untuk menjadi pemain kesebelasan utama. Dengan ketokohannya sebagai penjaring gol terbanyak sepanjang sejarah, David Villa, dan kerena cederanya, Cesc Fabregas yang tampil amat menarik telah mengambil posisi tengah dengan menjaringkan dua gol selama berlangsungnya pertandingan ini dan menciptakan pembantu dalam menjaringkan yang mengagumkan dengan memanfaatkan ketangkasnya untuk mengemudi jaringan gol pembuka yang diciptakan David Silva pada perlawanan akhir pagi tadi.
Bila kita perhatikan sejak EURO 2012 ini bermula, tiada pemain yang berjaya menjaringkan gol lebih dari tiga.
Dengan kombinasi yang menarik antara Jordi Alba dan Fernando Torres yang telah mencipta dua gol cantik, sekaligus telah memperlihatkan kita akan penampilan yang lebih bersemangat dan lebih bertenaga jika dibandingkan pada penampilan beliau sebelumnya. Tapi yang menariknya adalah kita dapat melihat semua pemain Sepanyol berada pada penampilan terbaik mereka dalam perlawanan akhir yang sememangnya diperuntukan untuk mereka yang berpengalaman.
3. Corak permainan penyerang pasukan Itali mencipta peluang kepada pemain Sepanyol
Sejak bermulanya EURO 2012, Sepanyol telah menggunakan corak serangan lebih cepat jika dibandingkan dengan pasukan lain dalam Euro 2012 ini. Satu sebabnya adalah kerena Sepanyol ingin mendiamkan pengkritik yang mengkritik pasukan mereka dengan menyatakan bahawa corak permainan mereka agak membosankan. Namun alasan yang sebenarnya adalah keputusan pasukan Itali untuk bermain malam tadi dengan corak menyerang. Pemain Itali telah menciptakan peluang-peluang di dalam perlawanan pagi tadi dan mereka tidak mengubah corak permainan mereka hanya karena takut akan pasukan Sepanyol. Dengan semua ini, jurulatih Itali, Cesare Prandelli layak untuk mendapatkan penghormatan yang luar biasa. Tetapi corak yang dilewati oleh mereka ini membuatkan banyak terbuka ruang pada pasukan Itali sehingga telah menciptakan ruang yang digunakan oleh pasukan Sepanyol dengan baik dan menarik.
Jika ruang dibiarkan terbuka, maka terjadilah seperti pasukan Itali semalam. Selain itu, kekuatan pasukan Itali yang berkurang kepada 10 orang setelah cederanya Thiago Motta (ditambah kepenatan yang dialami oleh tiga pemain ganti pasukan Itali) membuatkan masuk sahaja separuh masa kedua, permainan berjalan menjadi lebih tidak seimbang.
Ini sedikit sebanyak catatan yang dapat saya catatkan berdasarkan pemerhatian saya sepanjang 90 minit perlawanan akhir EURO 2012 semalam (pagi 2 Julai 2012). Saya hanya peminat permainan Bola Sepak. Kita tunggu 2 tahun lagi, bagaimanakah corak permainan pemain-pemain bertaraf dunia di perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil.
Wednesday, 27 June 2012
Senamrobik 1 Malaysia
http://eyesnews.wordpress.com/2012/06/18/senamrobikserentak1murid1sukan1malaysia2012/
Tak lama lagi senamrobik yang diwar-warkan di dalam media akan berlangsung. Semua sekolah di Malaysia akan terlibat. Mari kita sama-sama menjadikan ia satu realiti.
Tak lama lagi senamrobik yang diwar-warkan di dalam media akan berlangsung. Semua sekolah di Malaysia akan terlibat. Mari kita sama-sama menjadikan ia satu realiti.
Subscribe to:
Posts (Atom)